Sunday, June 21, 2009

Usrah Gabungan ABIM-WADAH-SISMA

20hb Jun 2009
Ikhtibar dari Turki & Kebangkitan Generasi Al-Fatih
Alhamdulilah Usrah Gabungan berkenaan telah menghimpunkan hampir 100 orang ahli ABIM-WADAH-SISMA.Hj Sainuri memulakan pertemuan itu dengan membentangkan konsep Amal Jariah yang perlu disediakan oleh setiap diri-diri mukmin sebelum bertemu dengan Allah swt. Kerana itu satu-satunya bekal yang kekal untuk melayakkan kita mendapat redha Allah swt. Beliau turut menghuraikan hadith nabi berkaitan 3 amalan anak adam (sama seperti yang dipesan oleh Tuan Hj Anuar Salleh, dalam pertemuan berasingan beberapa hari lalu). Diikuti dengan pembentangan Sdr. Mustapha Sakmud (Kebangkitan generasi Muhammad Al-Fatih) dan Sdr.Hassanuddin Guliling (Institusi wakaf pengalaman Hayrat Foundation Turkey). Kesimpulan terbaik yang boleh dibuat ialah umat Islam perlu peka kepada nasib masa depan di dunia yang sangat kompleks ini. Malahan nasib individu di alam akhirat jua. Kebangkitan generasi muda Islam yang baik tidak akan berlaku dengan sendiri tetapi perlu momentum yang tersusun (surah as-saff:2). Fokus dan perancangan satu posisi yang perlu dibuat dan dipantau. Gerakan "Institutional" perlu dikemaskini.

No comments:

Post a Comment