Thursday, June 18, 2009

Kukuhkan Ukuwwah melalui program - Hj Anuar Hashim

17hb Jun 2009

Pertemuan lebih dua jam Exco ABIM Sabah dengan Tuan Haji Muhammad Nor Anuar Hashim, Presiden Global Peace Mission di KK, malam tadi amat bermakna. Beliau melihat ABIM perlu memperkukuh hubungan dan ukuwwah sesama ahli dalam bentuk program-program. Antaranya beliau mencadangkan koperasi perlu diaktifkan untuk memajukan ekonomi ahli, tabung khairat, kalangan anak-anak ahli perlu dibina jalinan persahabatan yang baik. Kaderisasi perlu berjalan dengan kemas kini. Lima budaya ABIM perlu disuburkan dalam jiwa masing-masing kerana ini juga tonggak kekuatan sebagai individu muslim yang baik. Beliau turut menyeru agar ABIM terus prihatin dengan masalah semasa yang menyelubungi isu-isu masyarakat Islam. Hubungan dalam keluarga dan pendidikan anak-anak perlu diberi keutamaan. Akhirnya beliau memberi nasihat agar perancangan strategik menghadapi Dunia Akhirat perlu dilakukan sebagaimana hadith baginda RasuluLlah saw yang bermaksud "Apabila mati anak Adam maka terputuslah amalnya kecuali tiga perkara, iaitu Ilmu yang diajarkannya, Sedekah Jariah yang telah dikeluarkannya dan Anak Soleh yang mendoakannya"

No comments:

Post a Comment