Sunday, March 1, 2009

Hidup Berkualiti

Sabtu lepas (28hb Feb 2009) sempat menghadiri kuliah Dr.Siddiq Fadhil (Presiden Wadah Pencerdasan Ummah Malaysia, [WADAH]), di Kompleks Haji Kota Kinabalu. Beliau membandingkan kualiti Hidup Fir'aun pada zaman Nabi Musa a.s dengan Sa'ad bin Muaz r.a seorang sahabat dan pemuda hebat zaman RasululLah S.A.W. Fir'aun hidup penuh bertatahkan emas dan berlian, pengikut dan hamba, kekuasaan dan kekejaman sehingga mengaku tuhan. Matinya dihempas badai gelombang lautan dan lemas kerana kebejatannya. Sa'ad bin Muaz memeluk Islam seumur 20 tahun dan meninggal ketika berusia 27 tahun. Mengikut maksud hadith RasuluLlah S.A.W ketika pemuda itu meninggal dunia bergegar Arash Allah SWT, dan jenazahnya diusung oleh para malaikat ke pusara. Tujuh tahun usia telah diisi dengan amal-soleh terbaik sehingga melayakkannya mendapat kemuliaan Allah swt bukan kemuliaan duniawi semata.

No comments:

Post a Comment